Siapa Kami
Biobenua Teknoloji Sdn Bhd (762711-D) telah ditubuhkan pada tanggal 13 Februari 2007 oleh dua beradik iaitu Datuk Haji Abdul Razak Bin Haji Ali dan Roslan Bin Haji Ali dengan modal berbayar sebanyak RM100,000.00
Setelah beroperasi selama hampir 12 tahun, Syarikat telah meningkatkan modal berbayar kepada RM1,000,000.00 pada April 2019 di sebabkan oleh keperluan modal bagi memajukan proses inokulasi pokok karas dan meningkatkan kapasiti pusat pemprosesan pati minyak gaharu.
Syarikat kami beroperasi di Lot A107 & 108, Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka. Pihak kami mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Pelancongan Negeri Melaka, MTIB dan FRIM dalam usaha membangunkan Industri Gaharu di Malaysia.
Kolaborasi juga kami jalankan dengan institusi awam seperti UTM, UiTM, USM dan Agensi Nuclear Malaysia terutamanya dalam R & D produk