Siapa Kami

Biobenua Teknoloji Sdn Bhd (762711-D) telah ditubuhkan pada tanggal 13 Februari 2007 oleh dua beradik iaitu Datuk Haji Abdul Razak Bin Haji Ali dan Roslan Bin Haji Ali dengan modal berbayar sebanyak RM100,000.00

Setelah beroperasi selama hampir 12 tahun, Syarikat telah meningkatkan modal berbayar kepada RM1,000,000.00 pada April 2019 di sebabkan oleh keperluan modal bagi memajukan proses inokulasi pokok karas dan meningkatkan kapasiti pusat pemprosesan pati minyak gaharu.

Syarikat kami beroperasi di Lot A107 & 108, Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka. Pihak kami mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Pelancongan Negeri Melaka, MTIB dan FRIM dalam usaha membangunkan Industri Gaharu di Malaysia.
Kolaborasi juga kami jalankan dengan institusi awam seperti UTM, UiTM, USM dan Agensi Nuclear Malaysia terutamanya dalam R & D produk

Visi dan Misi Syarikat

Sebagai sebuah syarikat Bumiputera, kami mempunyai visi dan misi yang dapat
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara khususnya dalam Industri
Gaharu.

Misi

  • Menyediakan Perkhidmatan Konsultasi Dalam Penanaman dan Penjagaan Pokok
    Karas/gaharu.
  • Menyediakan Perkhidmatan dan Konsultasi Inokulasi Pokok Karas/gaharu.
  • Menyediakan Pusat Pemprosesan Teras dan Pati Minyak Gaharu.
  • Membangunkan Industri Hiliran Berasaskan Gaharu.

Visi

  • Menjadi Peneraju Dalam Industri Gaharu Negara dan Global.

Aktiviti Utama Syarikat

Membekalkan Anak Pokok Karas

Khidmat Runding Inokulasi & Perkhidmatan Inokulasi

Pusat Pemprosesan Pati Minyak & Teras Gaharu

Pengeluaran Produk Hiliran

Nilai tahunan industri aromatik adalah 50 Billion US Dollar dan ianya Terus meningkat.

Pati Minyak Gaharu (Agarwood Essential Oil) merupakan bahan utama di dalam pembuatan wangian mewah seperti Gucci, Tom Ford, Polo, Christian Dior dan sebagainya. Kandungan pati gaharu dalam wangian adalah bergantung kepada kemahuan pembuat wangian (perfumer) untuk menampilkan ciri-ciri unik wangian mereka

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah badan kawalselia gaharu di Malaysia.
Gaharu telah diklasifikasikan di dalam apendik 2 sebagai tumbuhan terancam. Pengeluaran
gaharu liar (asli) adalah dikawal oleh CITES (Convention on International Trade of Endangered Species ) melalui MTIB.

Jadual di bawah menunjukkan bilangan pokok karas/gaharu yang masih terdapat di hutan Semenanjung Malaysia.
Kelantan
Read More
mempunyai 1,907,923 batang pokok gaharu yang masih ada.
Pahang
Read More
mempunyai 955,673 batang pokok gaharu yang masih ada.
Perak
Read More
mempunyai 365,041 batang pokok gaharu yang masih ada.
Terengganu
Read More
mempunyai 151,041 batang pokok gaharu yang masih ada.
Kedah
Read More
mempunyai 110,046 batang pokok gaharu yang masih ada.
Johor
Read More
mempunyai 40,915 batang pokok gaharu yang masih ada.
Negeri Sembilan
Read More
mempunyai 13,186 batang pokok gaharu yang masih ada.
Pulau Pinang
Read More
mempunyai 5,045 batang pokok gaharu yang masih ada.
Melaka
Read More
mempunyai 4,625 batang pokok gaharu yang masih ada.
Previous
Next
Jumlah 3,553,466

Ketahui lebih lanjut dengan memuat turun profil syarikat kami